Tuesday, 6 November 2012

~analogi kehidupan makhluk bergelar manusia~

‎~analogi kehidupan makhluk bergelar manusia~

Di sebuah kampung, terdapat sebatang pokok yang besar, agak tinggi dan rendang..namun tidak berbuah dan bunganya tidak harum dan secantik bunga ros..tiada siapa yang menyiram atau menjaga pokok tersebut..cuma mengharapkan air hujan dari penciptaNya..sesiapa yang menyusuri jalan di hadapan pokok tersebut, seolah-olah tidak menyedari kewujudan pokok tersebut..mungkin juga mereka tidak mempedulikan kewujudannya..dan ada juga manusia yang membuang sampah di bawah pokok tersebut..Suatu hari, hujan yang lebat mencurah-curah membasahi bumi...manusia mula mencari tempat berteduh...demi mengelak terkena air hujan..pada saat itu, pokok tersebut menjadi tumpuan..ramai yang berteduh daripada hujan di bawah pokok yang rendang itu..hujan mulai reda..dan akhirnya cuaca kembali cerah..manusia yang menumpang di bawah pokok itu memulakan langkah ke destinasi masing-masing..pokok itu, masih seperti sedia-kala..tidak dipedulikan..keesokkan harinya, cuaca panas terik..cahaya matahari seakan-akan membakar kulit manusia..mereka mula mencari tempat berteduh daripada kepanasan...mata mereka tertumpu pada pokok besar yang rendang itu..begitu teduh dan dingin bila berada di bawah pokok itu..masing-masing mula beredar setelah cuaca sedikit mendung dan suhu tidak sepanas sebelum itu..sekali lagi, pokok itu hanyalah sekadar pokok besar yang rendang..perkara tersebut berlanjutan hari ke hari..tibalah suatu hari, seorang peneroka menebang pokok tersebut...tiada lagi pokok besar yang rendang itu..setiap kali hujan dan panas, manusia mula mengeluh kecewa dengan kehilangan pokok tersebut..saat itulah, mereka menyedari kegunaan dan kepentingannya...namun, penyesalan tika itu, hanyalah sia-sia.. 

* duhai manusia..pilihlah samada ingin menjadi pokok tersebut yang sentiasa memberi kesenangan kepada manusia, dan tidak pula membalas kejahatan orang terhadapnya..., atau menjadi mereka yang suka mengambil kesempatan saat memerlukan dan akhirnya menyesal setelah kehilangan..